Kadang-kadang tu kita tak perasan pun bila sihir mula menguasai diri kita.Sehingga lah bila kita atau kawan-kawan keliling terperasan akan perubahan pada diri kita.Dan yang paling teruk sekali bila kita dah sampai peringkat kritikal sampai tak boleh bangun,tapi doktor tak dapat nak kenal pasti punca masaalah penyakit yang kita hadapi!
TANDA GANGGUAN AWAL PADA BAHAGIAN KEPALA.
Mengalami masaalah sakit kepala yang tidak di ketahui punca nya.Ubat dari klinik dah habis tapi sakit kepala tetap datang pada waktu-waktu tertentu.Dan tahap sakit nya semakin hari semakin bertambah.Kesakitan yang di rasai oleh mangsa bergantung kepada kekuatan dan tujuan sihir itu sendiri.Belum pun reda masaalah sakit kepala,fikiran mula rasa terganggu dengan perasaan was-was,berperasangka buruk dengan keluarga sendiri mau pun dengan kawan-kawan keliling,mudah marah atas alasan-alasan yang remeh.Mangsa biasanya menghadapi masaalah sukar untuk melelapkan mata sewaktu tidur malam.Tak lama lepas tu pandangan mula menjadi kabur.Lampu dalam pejabat atau rumah rasa macam tak cukup terang.
Pada tahap ini sekiranya tidak dirawat dengan segera,mangsa akan mula rasa bosan dengan kehidupan.Rasa tidak selesa dengan kawan-kawan dan keadaan keliling.Mula hilang fokus dan konsentrasi pada tugas dan tanggung jawab,sama-ada tanggung jawab sebagai suami,ayah atau pekerja.Kerja-kerja akan banyak tertangguh dan layanan pada suami,isteri,anak-anak dan kawan-kawan mula menjadi hambar.
Tak cukup dengan sakit di bahagian kepala,mangsa mungkin mengalami masaalah selsema yang berpanjangan,bergantung pada jenis sihir yang di hidapi nya.
TANDA GANGGUAN AWAL PADA KAKI DAN TANGAN.
Ada rasa benda menyucuk-nyucuk pada hujung jari tangan atau kaki,terutama pada waktu Maghrib dan waktu tengah malam.Atau rasa macam gatal-gatal pada hujung jari-jari tertentu,tak kira jari tangan atau jari kaki.Biasa nya hujung jari akan terasa lembab dan terdapat rasa luka seperti jarum halus pada dua tempat yang berhampiran.Dalam beberapa hari sahaja mangsa akan terasa lenguh dan sengal pada sendi-sendi tangan dan kaki,di bahagian punggung dan lutut,terutama sekali sewaktu bangun tidur sebelah pagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.