Powered By Blogger

Friday, August 28, 2015

alhamdulillah....jumaat yang baraqah...

happy sesangat aku minggu ni..rezeki melimpah ruah..benarlah kan duit bukan semata2 rezeki tubuh badan yang sehat..pun rezeki juga...
dan minggu ni juga ramai yang tetiba suka belanja aku makan..tq semua..sally sayang semua dan yang paling menggembirakan aku lulus ujian JPA...yeay!!!tak yah amik lagi..yeay!!!


 and yet macam biasa orang pertama aku msg my only sista la.....

hay guys nak share lagi ni....


baru ni mak datang rumah...mak bawa durian musang king katanya tak sempat nak snap dah langsai...sebelum tu abang ipar aku bw ayah makan aku takde dia  saja je tag aku..saja la tu...so kali ni ayah dtg singgah tempat yang sama beli untuk aku sebab aku takde time tu wahahaha....see aku kan anak ayah...then mangga atas tu mak cakap sebelum gerak datang sini dia gagah g jolok mangga tu dapat la 6 biji...tapi muda la ayah tahu aku suka mangga muda...yang dah masak tu sebab aku peram lama sikit hah ni yang muda memang my peberet till when2...hahaha


terliur kan cicah tu sally buat sendiri hokey..mabeles....sally suka makan.....

and yet kat opis aritu aku baru cakap teringin nak makan manggis si suha siap bw utk aku dia kata dia bw sikit je sbb tak byk khas tuk kau sally dan dia buatkan sally sagu gula melaka..heheh tq sahabat!!!



datang sekali dengan petai uolss....wahhhh....


malam ni nak buat sambal petai udang yeay!!!!amore..ok guys..see ya next week
appy mardeka!!!







Thursday, August 27, 2015

memories remain no answers again..splash like a waze....ok gotcha!!!

hai guys...its beens  a few lil days im never drop anything here...ok here!!i would like to share something grrr..yang memang aku memang2 sememang memangnya geram.......

afta the means while chat with my oldies friend masa belajar kat johor dulu...kami memang dah lama tak meet our lil adik..kawan satu kelas satu bilik dah kerja kawan satu tempat kerja kawan satu umah sewa sampai semua dah bw haluan masing2 since 2006 last i saw her...






sampai sekarang aku tak dgr cerita dia...dan aku tahu dia pernah sakit dan bawa diri sampai sekarang...mendiamkan diri...sampai sekarang...adik jijah rindu kau..seyes...teringat time kerja dulu kita dua je sectary kat situ kan dan menjadi feveret cik Saadyah senior paling garang kat situ dan org pelik kenapa cik Saadyah sayang dan tak pernah marah kita...kan dik kan...dan setiap kali gaji kau mesti beli setabak kat aku...adik jijah rindu....

then baru ni dthe suggest nak add kau kat grup..dengan dthe je kau berhubung....dan dari dthe juga aku tahu mak kau sakit ok rindu mak kau!!teringat aku lepak kat klang umah kau dulu...best...sekarang dthe ckp kau dah balik kampung...jaga mak kau..dan yang paling aku benci bila dengar "benda" tu still kacau kau..ello sejak sem 3 kut kau kena kenapa lama sgt sem kita 2002 tolong la....jangan seksa orang boleh tak....orang yang alami je akan tahu peritnya benda tu!!!!

sabar la dik aku paham kau nak privacy...dan tak mahu diganggu dan dthe ckp dia selalu tanya kabar kawan2..aku paham kau pun rindu kita orang....

sabar la dik....

jija
atun
along
dthe
jaja
as
et
akan sentiasa doakan yang terbaik buat kau.....


Thursday, August 20, 2015

untuk perempuan...

pesan aku dari seorang wanita,kepada wanita yang lain..jagalah dirimu mulai dari sekarang...
jagalah hubunganmu dengan Allah,kemudian susuli dengan menjaga hubunganmu dengan ibu bapa..

persiapkan diri dengan Ilmu, tidak kira masih muda atau tua, tiada istilah terlalu awal atau lewat dalam mencari ilmu..

mahalkan dirimu jangan mudah jatuh dengan kata2 manis..sang jejaka..jangan mudah terpengaruh dengan kawan sekeliling..jangan pernah tergugat dengan cabaran kawan kawan..buatlah sesuatu atas dasar keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt..

anggaplah diri kita sudah matang dan bakal lalui fasa hidup yang seterusnya..letakkan segala pengharapan pada Allah......segala galanya bermula dengan bertanya pada Dia...atas segala masalah yang dilalui segala sakit yang dirasai....berdoa pada Dia selalu...dalam kitabNya sudah tertulis bahawa Dia akan perkenankan doa2 kita YAKIN!!!

buat wanita..jagalah diri hati dan iman..jika ingin kebahagian dekatkan diri pada Ilahi jika inginkan solehah maka usaha perbaiki diri...
Ingat tiada istilah lewat dalam Hijrah....

aku pesan kerana aku sayang kalian...

nukilan zhrhs... ...tq...
 owh dia pesan jangan lupa credit to...hahaha ok dear credit to http://iamzhrhs.blogspot.com/

ok ni memang buat aku sentap.....Ya Allah bagi aku kekuatan Ya Allah...ramai lagi yang masih macam ni kan...
benar sahabat masih belum terlewat untuk berhijrah sebenar2 hijrah....terima kasih ya ukhti...



Nafi Hukum Allah..'Tak Perlu Tutup Aurat Yang Penting Hati Mesti Bersih?' - UAI



sharing is caring meh layan kejap...

Wednesday, August 19, 2015

hari ni hari rabu....

selamat pagi....gemonink....alloha...pagi ni sally masuk lambat tak sempat nak breakfast...sempat singah kedai bawah opis beli ni...sedapkan...ermmm its look yummeh....n yes its really yummeh when u have them...hee apy werkin guys....



sambil layan youtube jumpa vid ustaz Maududi Abdullah.......

ok best aku boleh repeat banyak kali...err tak salah kan nak dengar ceramah2 dari pelbagai ustaz dan guru2 yang hebatkan..tak salah kan...hee ok guys...enjoy ur days ok....

Monday, August 17, 2015

step by step...


aduh..masih lemah dan masih lopong lagi....teringat satu petang conversation antara aku dan jiran2...di rumah..wah hebat bercerita bab solat tak tinggal  pergi kelas ilmu agama/ceramah ustaz tu haji ni..........dalam pada berborak tu aku paling muda la kalangan jiran2...dalam pada tu terpandang aku kakak tu berkain batik berbaju tshirt..tanpa tudung dikepala..dan aku pun sama...begitu juga hakak yg lain2...sampaikan azan maghrib berkumandang baru la berpusu2 lah nak balik kerumah masing2...hermmmm....apa ni...aku tak paham  kau bercerita bab agama bagai nak rak..ajak g kelas tu dengar ceramah tu belajar ilmu agama..belajar dekat dengan Allah tapi tanggungjawab kau yang Allah wajibkan TUTUP AURAT (termasuk aku) kau abaikan....teruk kan aku....satu hari baba ada tegur aku ...mama nanti kalau free...delete gambar2 mama dalam fesbuk tu ye..yang tak tutup aurat tau mama...takpe pelan2...tau tak rasa camna...panas je pipi ni macam kena tampar....ok baba!!!YaAllah semoga aku dapat menjalani sesuatu yang baik ini dengan lancar...macam mana dengan gambar2 yang lain yang takda dlm simpanan aku.....ok sekarang rasa macam nak pengsan...sedar,,pengsan,,sedar...buatla walau terpaksa seperti solat juga kan kerjakan la solat tu walau rasa macam berat...lama2 yang terpksa tu la akan jadi mudah...dulu memang aku akui solat pun lambat2 waktu...then lama2 solat punctual memang lain rasa dia...solat la korang walau tinggi mana ilmu korang...tu kawan aku pernah sound masa time belajar dulu..hahahaha...masa tu sibuk duk ngadap buku nak exam nak dekat subuh gak lah sampai azan subuh duk ngadap buku lagi...hahahahahaha...oh takpe pelan2 kayuh...kat dalam blog ni pun byk kena delete gak...

hah ingat ni....qoute paling win...

Sejak zaman Nabi sampai besok kiamat, teknik dan tata cara shalat tetap sama. Selama manusia masih memilki kesedaran ruang, waktu, dimensi, arah dan akalnya sehat, masih wajib shalat. Yang tidak wajib shalat orang gila, orang tidur, orang lupa, anak kecil yang belum baligh.....

Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.
heart emoticon beribadahlah di mana jua...Allah sentiasa di sisi mendengar rintihan HambaNya
heart emoticon bersyukurlah kita masih diberi nyawa untuk bertaubat.syukurilah segala nikmatNya..Alhamdulillah


PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.

PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya. Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka. Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.”

ASAS AURAT
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
-Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

” Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : ” Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani”.
 
6. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu’awiyah bin Haidah mengatakan : “Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?”. Baginda menjawab :”Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu”. Aku bertanya lagi :” Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? ” Baginda menjawab : “Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu”. Aku masih bertanya lagi: ” Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?” Baginda menjawab : ” Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya. Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab :” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :” Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
-Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
 Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.
 
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita. Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
KESIMPULAN
Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.






Bad Day




Thursday, August 13, 2015

betul lah!!!


wakakakaka... betul lah..memang betul....

Tuesday, August 11, 2015

keep calm and enjoy the life!!!

lama tak drop.....hai blog kecil ku....rindu sama kamo....hehehe dah bekerja dah ni...kerja makin lama makin banyak...hokhokhok....dari pagi sampai petang kerja tak pernah nak surut..dah nama pun kerja..orang yang takde kerja tu sian nak kerja...ni yang ada kerja merungut plak ek..hamboi..biasa dia tu...kihkihkih.....


yang penting coffe n that green sweater tu benda wajib perlu ada sebelum start working....sejuk wei dalam bilik ni..sampai ada yang tegur apsal dlm bilik ni wifi laju dan sejuk giler...aku pun jawab biasa la bilik org baik2 memang cam gini kihkihkihkih....tempat messy kan....errrr.......tapi selalu sebelum pulang dari kantor i akan tidy up my place tau hehehe betul lah...

tapi kan..sejuk2 pun..ermmmm mak tak tahan ..ok bai!!!



meanwhile......selingan jap....errr....cerita hantu malaysia yang tak abis2....thanks to pejal sebab share benda ni aku pun sian ngan kau...kita serupa namun berbeza....aku malas dah nak layan benda ni sampai kau pun fed up kan...ye tu la aku rasa....ok pejal teruskan lah hidup ni..wakakaka....


ok selingan lagi,,,,

sementara waktu weekend yang nyaman sambil basuh baju kita masak simple2 jer... tara......


perhh..ikan sepat kering+ikan masin apa ntah+telo sambal+tempoyak uolss!!!

tambah 3 pinggan kenyang sampai esok wakakakaka.....
 ok bai..