erm..perkongsian di hari jumaat...sahabat sekalian sedih sgt hati ni bukan ape,sedih bile kita digelar gelaran yang tak elok..oleh kwn2 kita sendiri mmg bagi mereka dgn memanggil sebegitu hanya utk bergurau tapi ada juga had2 nak bergurau kan,,ermm sally tak kisah ape pun gelaran yg derang nak beri sally hanya mendoakan kesejateraan mereka dunia akhirat..ok kawan..
LARANGAN MEMANGGIL DENGAN GELARAN TIDAK ELOK....
Firman Allah SWT, "HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat [049], ayat 11)
........................ok takmo2..takmo2...senyum je....peace!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.