Powered By Blogger

Thursday, December 4, 2014

my partner in crime...weee.....















allo..meet my bff..ahmad uncle boy....hahahaha...ni la my bff...comel n jambukan...ensem juga wakakaka....ensem ker...we share a lot of story...dan dia pun antara my motivator yg sangat insane...wahahaha.....tq ahmad jadi kawan aku yg baik...tak tau nak cerita kau ni macam mana sebab kau lah kawan yang aku ada yang paling rapat yang aku ada....ehh tak tau lah nak cakap..tapi untungkan sapa2 yang ada kawan yang benar2 paham diri kita dan satu kepala....dan benda yang aku tak leh lupa pasal kentut dalam lif tu aiyoooo.....pakai helmet dalam kereta.....waaaa giler la.....


hastag macam biasa 
#climb into da sky never wonder why

Wednesday, December 3, 2014

hahahahaha..sampai hati jihan ken...



hahahahah lawak la hang ni jihan oiii..duk repeat byk kali pun tak boring..wahahahaha..sampai hatikan parodi kan my peberet artis.....hahahahahah

Tuesday, December 2, 2014

안녕!

eonni 안녕!......hehehehehehehe ni semua penangan running man lah ni...wahahaha....buddies..morning tuesday....hari2 merupakan hari yang indah untuk cik b,,,yeah!!!...8years...yeah....tq Allah.....
.......pagi2 dtang kerja tgk meja hermmmm....sangat la besh nye.....



8.00am
ok kita bekpes dulu hokey..as usual dis in my meals for the morning bekpes....yeah!!!!energy!!!


ok done for my morning santapan...ok scroll beb

.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.


taraaa......yeah..its 11.00 am....ok done..nak berblog sambil layan ni....














climb into da sky never wonder why...



Monday, December 1, 2014

Big Hero 6




hermm....dengar2 macam best...ok jum!!!

kredit to http://drmaza.com/ Islam Is Easy, Don’t Make It Complicated!

MUDAHKAN PENDEKATAN ISLAM, JANGAN EKSKLUSIFKANNYAProf Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Amat memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut: “Nak faham Islam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini. Tunggulah kami dah tua”. Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yang sukar difahami dan sukar untuk diamalkan. Ini berpunca dari cara pengajarannya yang susah dan isi yang dipayah-payahkan oleh sesetengah pihak. Dengan kita akur untuk menjadi pakar ilmu-ilmu Islam memanglah tidak mudah, bahkan menjadi pakar apa-apa ilmu pun tidak mudah. Namun memahami dan mengamalkan Islam secara umumnya adalah mudah dan mampu dicapai oleh setiap lapisan manusia. Jika tidak bagaimana mungkin Islam menjadi agama sejagat yang diutuskan untuk setiap insan tanpa mengira lantar kehidupan dan pendidikan.
Antara Cuai Dengan Memayahkan
Memang, mudah-mudahkan agama dalam ertikata melaksanakannya dalam keadaan yang cuai dan tidak menepati kehendak nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih adalah kesalahan dalam agama. Namun begitu, menjadikan agama begitu payah dan sukar hingga melampaui batasan yang diperuntukkan oleh nas-nas agama juga satu kesalahan. Firman Allah:
(maksudnya): Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi, yang mereka dapati dia tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-‘Araf: 157)
Firman Allah lagi:
(maksudnya): Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185).
Firman Allah juga:
(maksudnya): Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-Nisa: 28).
Menyusahkan Gambaran Islam
Saya tidak ingin membicarakan tentang golongan yang cuai terhadap agama. Ini telah banyak diperkatakan oleh ustaz-ustaz kita. Saya bicarakan tentang sikap sesetengah pihak yang cuba menonjolkan Islam seakan ia agama yang begitu sukar untuk dihayati, dan seakan tidak akan sampai ke dataran Islam ini melainkan beberapa kerat manusia sahaja. Maka hukum-hakam yang mereka ajar kelihatan begitu susah untuk difahami, apatah lagi untuk dihayati. Lihat sahajalah, haji yang hanya beberapa hari untuk ditunaikan, tetapi kursus yang dibuat berbulan-bulan lamanya. Ianya diajar dengan cara yang sukar disebabkan berbagai faktor. Salah satunya; tokok tambah ajaran agama yang menyebabkan orang awam sentiasa keliru dan tidak mampu kerana terpaksa menghafal berbagai ayat dan peraturan yang sebahagian besarnya tidak pernah diajar pun oleh hadis-hadis Nabi s.a.w yang sahih. Ini seperti menetapkan berbagai bacaan khas bagi setiap pusingan tawaf. Lalu mereka buat bisnes pula bagi yang tidak mampu menghafal dengan menjual buku atau alatan tertentu.
Demikian juga kecenderungan sebahagian pengajar hukum-hakam syarak untuk menjatuhkan hukuman haram dan batal amalan seperti terbatal akad nikah hanya kerana terputus nafas, atau terbatal solat kerana pergerakan lebih dari tiga kali, terbatal puasa kerana berenang dalam kolam dan seumpamanya. Sedangkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak pun menyatakan demikian. Di samping itu, kecenderungan mendetilkan perkara yang tidak perlu sehingga ramai yang jadi keliru. Umpamanya mendetilkan syarat niat yang bukan-bukan. Sehingga ada buku yang menetapkan puluhan syarat niat. Bukannya menjadikan orang faham maksud niat, sebaliknya bertambah kabur. Pada hal setiap aktiviti insan secara sedar mempunyai niat. Maka dengan itu kita katakan ‘membunuh dengan niat’, sekalipun si pembunuh tidak melafazkannya secara lisan ketika hendak membunuh atau menghafal syarat niat. Malangnya, akibat salah ajaran, seseorang berulang kali bertakbir dalam solatnya. Kononnya, belum masuk niat. Padahal, jika dia tidak berniat solat, bagaimana mungkin dia boleh berada di saf untuk solat?! Demikian juga mendetilkan tentang jenis-jenis air dalam berwuduk berbulan perbahasannya sedangkan solat diperlukan lima kali sehari. Inilah yang menyebabkan ada yang baru masuk Islam tidak solat berbulan kerana bab wuduk belum habis dibincangkan.
Ekslusifkan Agama
Pendekatan ini menyebabkan Islam menjadi eksklusif seakan hanya untuk sekelompok manusia sahaja. Sementara selain mereka hanyalah manusia yang terpaksa bertaklid buta disebabkan kononnya tidak mampu untuk memahami apa sahaja hal ehwal agama ini kerana akal mereka tidak kesampaian. Sebenarnya, bukan tidak kesampaian, tetapi pendekatan pengajaran yang telah melanggar garis panduan Nabi s.a.w lantas menyanggahi lojik insan. Hal ini berbeza dengan arahan baginda s.a.w, di mana baginda bersabda:
“Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka” (Riwayat al-Bukhari).
Pendekatan Nabi s.a.w adalah pendekatan mudah yang membolehkan sebanyak mungkin manusia merasai kebersamaan mereka dalam Islam ini. Antaranya baginda mengkritik imam yang memanjangkan solatnya, tanpa meraikan keadaan makmun yang berbagai di belakangnya. Baginda bersabda:
“Wahai manusia! sesungguhnya di kalangan kamu ada yang menyebabkan orang lari. Sesiapa di kalangan kamu yang bersolat (menjadi imam) untuk orang ramai, maka ringkaskanlah, kerana di kalangan mereka ada yang tua, lemah dan yang mempunyai urusan (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam masalah pengajian akidah. Sesetengah perbincangan akidah dipengaruhi oleh falsafah lama yang kadang-kala tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan sahaja. Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafah-falsafahnya yang memeningkan. Keletihanlah anak-anak muda untuk memahaminya. Bahkan kadang-kala guru yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelakkan dia dipersoalkan dia akan berkata:“Barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya…”. Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada? Maka akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah.
Akidah Itu Mudah Difahami
Akidah Islam adalah akidah yang bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-Sunnah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit-belit. Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlah konsep akidahnya, tidak perlu memayah-mayah. Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara yang paling mudah dan senang untuk difahami oleh semua lapisan umat. Ini kerana memahami akidah satu kemestian termasuk yang buta huruf, badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan yang terpelajar dan cerdik pandai. Maka tidak hairanlah pada zaman Nabi s.a.w., para perwakilan yang datang mengambil ajaran Islam dari baginda dalam beberapa ketika sahaja, namun mampu mengislamkan keseluruhan kabilahnya. Sebab, konsep yang jelas dan mudah.
Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya?!!.Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:
“Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah….Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92, Beirut: Muassasah al-Risalat).
Sebab itu –barangkali- dakwah kepada akidah Islam di tempat kita tidak subur. Sebaliknya cerita keluar Islam yang disuburkan. Proses pemulihan akidah pun dalam banyak rekodnya adalah gagal. Ini kerana kita banyak berfalsafah dari membahaskan akidah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Maka bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbang jiwa dan akal secara fitrah. Bukan falsafah yang menyusahkan.
Ruang Untuk Semua
Ramai orang muda atau professional yang menghadiri kelas-kelas pengajian saya. Saya katakan kepada mereka hadirlah dengan kebiasaan anda dan fahamilah apa yang hendak disampaikan. Anda tidak diwajibkan berkopiah, atau berjubah. Pakailah apa sahaja yang anda selesa. Bukan syarat masuk ke masjid mesti berketayap. Jangan kita letakkan syarat hendak memahami agama ini yang bukan-bukan. Nanti ramai yang tidak sampai maklumat Islam kepadanya. Atau syarat-syarat itu akan menjadi peraturan yang dianggap agama, akhirkan diwajibkan secara tidak sedar. Lihat saja sebahagian wanita muslimah kita, mereka sekalipun telah menutup aurat, namun jika tidak memakai telekung mereka rasa sukar untuk solat. Bahkan ada yang rasa tidak boleh bersolat tanpa telekung. Padahal telekung itu, hanyalah budaya Asia Tenggara. Solatlah dengan pakaian anda selagi menutup aurat.
Kehidupan Islam Praktikal
Demikian sebahagian buku atau filem menggambarkan seorang soleh dalam rupa yang sempit. Digambarkan insan yang beramal dengan Islam itu terpaksa mengasingkan hidupnya dan beruniform berbeza dengan orang lain. Ini seperti apabila ditonjolkan watak orang soleh ialah lelaki yang berserban, tangan memegang tasbih sentiasa, tidak bergaul dengan manusia biasa, sebaliknya hanya berjalan sendirian. Itulah wali kononnya. Adakah Nabi s.a.w dan para sahabahnya berwatak demikian sehingga kita jadikan itu ciri-ciri orang soleh? Tidakkah berjalan dengan sentiasa memegang tasbih lebih menampakkan ciri-ciri riyak dalam amalan?!
Sebab itu al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) mengkritik sebahagian dari sikap ini dengan menyatakan:
“Di kalangan golongan zuhhad (golongan sufi) ada mereka yang memakai baju yang koyak tidak dijahit dan membiarkan serban dan janggutnya tidak berurus untuk menunjukkan dia tidak mementing dunia. Ini sebahagian dari riyak (menunjuk-nunjuk)”. (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 179-180, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Lebih buruk lagi, penonjolan watak yang seperti itu menjadikan Islam tidak praktikal untuk semua manusia, sebaliknya hanya untuk beberapa kerat manusia ajaib sahaja.
Demikian juga, kadang-kala buku-buku kerohanian menggambarkan untuk mendekatkan diri kepada Allah begitu sukar sehingga seakan tidak akan dicapai oleh manusia biasa. Pengamal Islam itu seakan manusia maksum seperti malaikat. Bebas dari urusan dunia. Ini boleh mematahkan semangat orang awam dari menghayati Islam. Padahal Nabi s.a.w dan para sahabah tidak demikian rupa kehidupan mereka. Sehingga Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali rh dengan katanya:
“Apa yang dapat difahami dari himpunan kitab-kitab sufi al-Ghazali yang mengandungi pengaruh kezuhudan yang kuat –sekalipun secara tidak langsung- bahawa insan contoh di sisi al-Ghazali dan golongan sufi secara amnya bukanlah insan yang dikenali oleh para sahabah r.a, yang difahami dari al-Quran, al-Sunnah dan Sirah. Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan ruh dan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmat nikmat dunia dan bersyukur kepada Allah Ta’ala, antara beribadah dan berjalan serta bertebaran atas muka bumi mencari kurniaan rezekiNya, yang berkerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya” (Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Imam al-Ghazali: Baina Madihih wa Naqidih, m.s 164, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Mesti Bersifat Alternatif
Apabila ada wartawan bertanya saya tentang; adakah ubat tertentu haram kerana kononnya ada najis tertentu, saya jawab: “begitulah kita berterusan, jika asyik mencari perkara untuk dihukum haram sedangkan dalam masa kita tidak berusaha menjadi pengeluar. Maka sempitlah umat ini dengan keputusan-keputusan haram dalam banyak perkara. Sebelum menjawab saya ingin kata: kita semua hidup dalam keadaan haram kerana selalu bergantung kepada orang lain dan tidak menunaikan fardu kifayah memerdekakan umat. Sehingga akhirnya masyarakat dunia kata; kita hanyalah umat yang tahu mengharamkan, bukan menghasilkan produk untuk kebaikan manusia.
Dalam usaha menarik semua lapisan mendekati Islam, marilah kita mempersembahkan kepada masyarakat, Islam yang mudah dan praktikal seperti mana wajahnya pada zaman teragungnya iaitu era Nabi s.a.w dan para sahabah baginda. Jika tidak, agama ini akan menjadi begitu eksklusif hanya untuk kelompok tertentu sahaja dan ditinggalkan lautan umat yang dalam kesesakan.

Tuesday, November 25, 2014

Shine On...





Please don't cry
You know I'm leaving here tonight
Before I go I want you to know there will always be a light

And if the moon had to runaway
And all the stars didn't wanna play
Don't waste the sun on a rainy day
The wind will soon blow it all away

So many times I'd planned
To be much more than who I am
And if I let you down
I will follow you 'round
Until you understand...

That if the moon had to runaway
And all the stars didn't wanna play
Don't waste the sun on a rainy day
The wind will soon blow it all away

When the days all feel the same
Don't feel the cold or wind or rain
Everything will be okay
We will meet again one day
I will shine on
For everyone

So please don't cry
Although I leave you here this night
Where ever I may go how far I don't know
But I will always be your light

And if the moon had to runaway
And all the stars didn't wanna play
Don't waste the sun on a rainy day
The wind will soon blow it all away

When the days all seem the same
Don't feel the cold or wind or rain
Everything will be okay
We will meet again one day
I will shine on
For everyone
Shine on
For everyone

When the stars all look the same
Don't feel the cold or wind or rain
Everything will be okay
We will meet again one day
I will shine on
For everyone
I will shine on
For everyone

Monday, November 24, 2014

sebab tu saya sayang kakak saya....

biar gambar berbicara....


heheheh tq sista....


dia tahu adik dia memang suka masak tapi byk masakan terbantut sbb takde barang2 nak buat...hehehehe



tak tau nak cakap ape..tq la my sista....dah lama sgt idam nak magic pan tu sekali my sista dah belikan untuk iolss...belikan tau....hik hok hik hok...trade mark dia..wakakaka....ok 27 nov kita jumpa..yeay!!!
 hastag kali ni....saya sayang kakak saya ok bai....

Thursday, November 20, 2014

Doa Orang Teraniaya Lebih Mustajab........ok cik b nak tido....

"Takutlah doa orang yang teraniaya. Kerana sesungguhnya tiadalah dinding antaranya dengan ALLAH"  
Hadis Riwayat Al-Bukhari -

sebagai manusia kita tak lari dari membuat kesilapan kan...dan kadang2 kesilapan itu kita sedar atau tidak kita sedari...jika kita rasa kita ada membuat kesilapan cepat2 la kita memohon maaf..bukan apa mana la tahu kesalahan kita itu mungkin memberi impak pada sesiapa kan...yang mungkin kesilapan itu membuat satu penganiayaan buat mereka..mungkin kita tak tahu kan...sebab  doa orang teraniaya ni Allah swt makbulkan doanya.. doa mangsa kezaliman ni segera diperkenankan Allah..diulang ek segera...dan tiada penghalang di antaranya...herm.........




hastag macam biasa 
climb into da sky never wonder why....

Wednesday, November 19, 2014

Sakit itu Kifarah Dosa......sakit itu penghapus dosa kecik yg comey2 jew....alhamdulillah...



اَلحَمْدُ لِله

....شُكْرًا جَزِيْلً.



Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya..... 

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan. 

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.



Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu. Untuk membolehkan hambaNya mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.'

"......Hanya orang-orang yg bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas" 

(az Zumar :10)

alhamdulillah....baru beberapa hari sakit cengkung kat muka dah nampak....
sabar ye cik B....^_^ 


-climb into the sky never wonder why-



Friday, November 14, 2014

DAMIEN RICE LYRICS

And so it is
Just like you said it would be
Life goes easy on me
Most of the time
And so it is
The shorter story
No love, no glory
No hero in her sky

I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes...

And so it is
Just like you said it should be
We'll both forget the breeze
Most of the time
And so it is
The colder water
The blower's daughter
The pupil in denial

I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes...

Did I say that I loathe you?
Did I say that I want to
Leave it all behind?

I can't take my mind off of you
I can't take my mind off you
I can't take my mind off of you
I can't take my mind off you
I can't take my mind off you
I can't take my mind...
My mind...my mind...
'Til I find somebody new